PENDATANG tanpa dokumen tidak akan ditahan apabila mereka datang untuk mendapatkan vaksin Covid-19 mereka, kata Khairy Jamaluddin hari ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), yang juga menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata kementeriannya bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan pendatang tiada dokumen mendapat vaksin tanpa ditahan.
“Kami akan menghubungi kedutaan asing, organisasi antarabangsa, organisasi masyarakat sivil dan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu dalam memastikan warga asing yang tiada dokumen keluar dan menerima vaksin dengan jaminan mereka tidak akan ditangkap atau ditahan.
“Itu adalah pesan terpenting yang perlu kami sampaikan, agar mereka dapat tampil bebas dan yakin bahawa kerajaan akan memberi vaksin mereka dan tidak menahan mereka,” katanya, sambil mengumumkan pembentukan Pasukan Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) di Putrajaya hari ini.
Minggu lalu, kerajaan berkata warga asing di negara ini akan menerima vaksin Covid-19 percuma. – 17 Februari, 2021.
MENYUSUL
Komen