Industri durian di Malaysia terjejas akibat PKP


Buah duriah boleh didapati di Malaysia sepanjang masa dan tahun walaupun berbuah pada musim tertentu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Februari, 2021.

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang terlalu lama di Malaysia menyebabkan permintaan domestik terhadap buah durian kurang dan peniaga lebih bergantung pada permintaan dari China.

Tumbuh di seluruh Asia Tenggara, rata-rata peminat menyukai “raja buah” ini kerana rasanya pahit manis dan teksturnya yang lembut walaupun ada pengkritik membandingkan baunya dengan sampah busuk dan dilarang untuk dibawa masuk ke kebanyakan hotels serta pengangkutan awam.

PKP pertama di Malaysia tidak begitu menjejaskan permintaan terhadap buah berkenaan tetapi peningkatan kes Covid-19 yang serius mendorong pihak berkuasa untuk mengenakan semula sekatan pergerakan untuk jangka masa lebih lama yang sekali lagi menjejaskan ekonomi dan industri durian.

Dengan gerai-gerai di tepi jalan yang selalunya dipenuhi orang ramai kini kian kosong menyebabkan hasil jualan merosot.

“Berbanding tahun lalu, penjualan tempatan tidak begitu baik, kata Eric Chan, seorang peniaga dan pengarah urusan Dulai Fruits Enterprise kepada AFP.

Di sebuah ladang di Raub, di luar Kuala Lumpur, beberapa buah terperangkap dalam jaring yang dibentang di bawah pokok untuk memastikan ia tidak mengalami kerosakan.

Penjualan durian meningkat sejak sedekad yang lalu di mana sebahagian besarnya didorong oleh permintaan dari China yang kian menigkat dengan harga buah pernah dijual dengan harga RM60 (AS14) atau lebih sekilo.

Buah itu pernah dieksport ke China hanya sebagai pulpa tetapi pada 2019 pegawai di sana membenarkan pengiriman buah beku untuk meningkatkan industri.

Buah duriah boleh didapati di Malaysia sepanjang masa dan tahun walaupun berbuah pada musim tertentu. – AFP, 17 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen