Unit PPR tidak cukup memaksa kerajaan negeri lebih tegas, kata exco 


Looi Sue-Chern

KERAJAAN negeri Pulau Pinang diminta lebih tegas dalam menguruskan Projek Perumahan Rakyat (PPR), kata exco Jagdeep Singh Deo.

Negeri itu memiliki unit PPR kerajaan paling sedikit di negara ini. 

Putrajaya pada jawapan Parlimen mengeshakan pada Mei tahun lalu, daripada 102,118 unit PPR di seluruh negara, hanya 999 unit dibina di Pulau Pinang. 

Unit ini tidak cukup untuk menempatkan 1.622 pemohon PPR yang kini masih dalam senarai menunggu. 

70% daripada pemohon adalah dari daerah utara Pulau Pinang. 

“Kita kekurangan unit PPR. Satu-satunya flat PPR kerajaan yang diduduki adalah di Desa Wawasan di Bukit Mertajam.

“Dengan stok yang ada ini, ia adalah situasi yang genting kepada kami,” kata Jagdeep kepada The Malaysian Insight. 

Bukan dakwaan pro-rakyat

Pada Jumaat, kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan dikecam apabila sekumpulan penduduk PPR Padang Tembak mengadakan bantahan di Komtar selepas diberi notis pengusiran awal bulan ini. 

Ahli jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia Pulau Pinang R. Karthiges berkata, lima keluarga telah diberikan notis oleh unit penguatkuasaan perumahan negeri. 

Seorang wanita yang bekerja sebagai tukang cuci, diarahkan keluar daripada PPR kerana pendapatannya melebihi RM750 - yang merupakan pendapatan maksiumum untuk layak menduduki unit PPR. Seorang lagi diusir kerana suaminya merupakan warga asing. 

Seorang belia diarahkan keluar kerana masih bujang, manakala seorang lagi kerana bawah umur 21 tahun. Hanya seorang penama diusir kerana berhutang bayaran sewa. 

Karthiges dan penduduk mendakwa, alasan yang diberikan oleh unit penguatkuasaan itu adalah tidak munasabah. 

Mereka meminta pengusiran itu ditangguhkan dan mahu bertemu dengan Jagdeep untuk membincangkan masalah mereka. 

Tertangguh sekian lama

Jagdeep yang sedia maklum mengenai masalah PPR Padang Tembak berkata, kerajaan negeri akan dengar dan melihat rayuan mereka. 

“Sekiranya ia ada asas kukuh, kami akan bantu mereka. 

“Tetapi kami perlu lebih adil kepada ramai lagi pihak lain, yang turut memiliki keluarga dan dalam senarai menunggi unit PPR,” katanya. 

Jagdeep berkata, pihak berkuasa negeri sudah “menangguhkan sejak sekian lama” dan laporan ketua audit negara turut mengkritik kerajaan negeri kerana tidak bertindak terhadap mereka yang sudah tidak layak untuk menduduki unit PPR.

Pemandangan bandara raya George Town yang semakin padat dengan penduduk. Kekurangan unit PPR di Pulau Pinang menyebabkan ramai yang layak masih dalam senarai menunggu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Disember, 2017. 

“Pada Mei tahun lalu, kami dikritik dalam laporan itu kerana tidak mengambil tindakan. Kami perlu menangani setiap teguran (kritikan) yang kami terima.

“Jadi kami tubuhkan jawatankuasa penguatkuasaan perumahan untuk melihat isu itu,” katanya. 

Jagdeep berkata, kerajaan negeri sedia maklum kebanyakan penduduk masih lagi golongan berpendapatan rendah.

“Kami telah membantu mereka dan melikat kesusahan mereka dalam membayar hutang sewa mereka. 

“Sebanyak 327 kes telah disemak dan 227 rayuan telah diterima dan diluluskan. Selagi kami dapati penyewa jujur dan boleh membayar sedikit-sedikit, kami boleh luluskan rayuan mereka.”

Tiada penyalahgunaan dibenarkan

Jagdeep berkata, terdapat juga segelintir pihak yang menyalahgunakan rumah PPR, dengan membiarkan ia disewa pendatang asing. 

Tindakan peru diambil kerana kerajaan tidak boleh membenarkan warga asing menduduki rumah murah yang dikhaskan kepada warga Malaysia. 

“Seiranya ia dibenarkan, masalah tidak akan habis. Pekerja warag asing semuanya akan ke unit PPR,” katanya. 

Jagdeep berkata, penyewa PPR, yang telah meningkatkan hidup mereka, perlu memberi laluan kepada mereka yang memerlukan unit berkenaan. 

Kerajaan negeri menetapkan RM1,500 sebagai syarat pendapatan isi rumah kepada pemohon untuk PPR di Pulau Pinang, syarat yang perlu dipatuhi. 

“Sekiranya kamu berkemampuan lagi, kamu perlu berikan laluan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

“Kami mengambil berat terhadap mereka yang masih dalam senarai menunggu,” katanya. 

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Jagdeep turut mengulangi gesaan kepada kerajaan persekutuan untuk membina lebih banyak unit PPR di Pulau Pinang. 

Gambaran jelas

Jagdeep, yang merupakan exco perumahan sejak 2013 berkata, kerajaan negeri perlu melihat kepada “gambaran jelas” dalam menangani isu PPR, bukan menangani kes secara berasingan. 

Gambaran jelas di Pulau Pinang membabitkan jumlah tunggakan RM17 juta berikutan kegagalan membayar sewa PPR dan yuran penyelenggaraan sejak 1969. 

Sejak 2010, kerajaan Pulau Pinang embelanjakan lebih RM30 juta untuk memyelenggara flat PPR kerana ramai yang tidak membayar sewa dan yuran penyelenggaraan. 

“Walaupun dengan tunggakan, kami masih membantu rakyat, malah pergi keluar dari cara kami untuk membantu. Anda tidak dapat umum (berdasarkan satu kes),” katanya.

Jagdeep berkata, ketika mula mengambil alih portfolio itu, anggaran jumlah tunggakan adalah RM14 juta.

Bagaimanapun katanya, situasi dengan bayaran sewa dan yuran sudah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ni, walaupun jumlahnya hanya meningkat dengan RM3 juta. 

“Kenaikan jumlah sewa tidak dibayar sejak tahun ke tahun makin berkurangan sekarang kerana kami telah mengambil langkah untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan membuat bayaran,” katanya. – 30 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen