Bapa maut, 10 ahli keluarga dijangkiti Covid-19, wanita salahkan KKM


Ravin Palanisamy

Menurut mangsa Kementerian Kesihatan berdepan kesukaran berikutan peningkatan jumlah pesakit Covid-19 dan gagal membuat pengesanan kontak kes.– Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Februari, 2021.

SEBUAH keluarga kecewa dan meluahkan rasa marah terhadap pihak berkuasa kesihatan kerana didakwa cuai mengendalikan kes Covid-19 yang melibatkan saudara terdekat, menyebabkan 10 ahli keluarga yang lain dijangkiti selain seorang meninggal dunia.

Safeena Nasreen, 40, mengenang beberapa kejadian yang menyebabkan kematian bapanya yang berusia 64 tahun, Mohd Nazeer Abdul Hameed yang menghidap leukemia.

“Kecuaian Kementerian Kesihatan menyebabkan kematian bapa saya, dan kami tak dapat kebumikan jenazahnya dengan tertib.

“Tambahan lagi, 10 ahli keluarga turut dijangkiti virus itu selepas berlaku kontak dengan bapa saya yang kami tak tahu positif Covid-19.

The Malaysian Insight turut menghubungi KKM berhubung dakwaan tersebut, dan masih menunggu respons pihak kementerian.

Safeena berkata, bapanya dimasukkan ke wad susulan leukimia di Hospital Ampang dan kemudian dibenarkan pulang pada 23 Januari.

Beliau kemudian mendapat mesej pada 29 Januari melalui aplikasi WhatsApp tentang salah seorang daripada pesakit di hospital tersebut didapati positif Covid-19.

Safeena berkata beliau membawa bapanya untuk menjalani saringan di klinik swasta dan kemudian pada sebelah petang, membawa bapanya ke Hospital Ampang apabila melihat bapanya mula demam dan batuk.

Tidak ada orang dari Hospital Ampang memaklumkan kepada keluarga itu walaupun bapanya dimasukkan dalam wad yang sama dengan pesakit positif Covid-19 tersebut.

Beliau menambah, pegawai kesihatan hospital itu tidak menjalankan pemeriksaan saringan Covid-19 ke atas bapanya, dan hanya memberikan ubat dan mengarahkan mereka pulang.

Safeena berkata keadaan bapanya semakin teruk pada 31 Januari dan beliau menghubungi klinik untuk pemeriksaan Covid-19.

Hasil pemeriksaan mendapati bapanya positif.

“Kami risau kerana dia berisiko tingga kerana menghidap kanser.

“Bila tahu saja dia positif, kami cuba hubungi beberapa nombor dari KKM, namun tak ada respons daripada mereka.

“Kemudian kami hubungi Hospital Ampang yang menempatkan bapa kami sebelum ini. Apa yang mengejutkan mereka berkata pihak hospital tak boleh kendalikan kes bapa kami dan tunggu KKM hubungi jika dia positif.

“Kami kemudian hubungi Hospital Sungai Buloh. Awalnya, respons sama macam Hospital Ampang. Kami jelaskan dia ada kanser dan berisiko tinggi.

“Dia orang kata, tak ada ambulans untuk bapa dan kami kena bawa dia ke hospital.

“Tak bertangguh, adik saya bawa bapa ke hospital dan kemudian masuk ke wad.” – 15 Februari, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen