HANYA dalam tempoh 34 hari Malaysia menempuh 2021, ia telah mencatat jumlah kes yang mengatasi angka kes keseluruhan tahun lalu.
Pada 31 Disember 2020, Malaysia mencatat 113,010 kes jangkitan Covid-19. Namun angka itu diatasi dalam tempoh 34 hari, di antara 1 Januari hingga 3 Februari 2021 apabila negara merekodkan 113,902 kes, dengan penambahan 892 kes dan menyaksikan jumlah yang terus meningkat.
Walaupun melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0) bermula 13 Januari lalu. Kes terus meningkat sehingga pada 14 Februari Malaysia telah melaporkan 151,259 kes, 38,249 penambahan kes berbanding angka yang direkodkan pada 2020.
Pada 14 Februari, kes keseluruhan kes sejak pandemik melanda Malaysia adalah sebanyak 264,269 kes.
Angka kes baharu tahun ini jauh meninggalkan angka ketika Malaysia dirujuk pakar sebagai sebuah negara contoh dalam usaha membendung wabak Covid-19 ketika PKP pertama kali dilaksanakan tahun lalu.
Malaysia kemudian berjaya melaporkan sifar penularan tempatan dan dilihat dapat mengawal wabak tersebut.

Bagaimanapun, gelombang ketiga Covid-19 telah melanda negara sejak Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September tahun lalu.
Natijahnya, sejak 1 Januari 2021, Malaysia telah memecahkan pelbagai rekod angka kes Covid-19.
Angka kes harian terus menyaksikan angka empat digit, dengan rekod angka sebanyak 5,728 kes pada 30 Januari.
Malaysia turut melepasi angka keseluruhan kematian tahun lalu yang merekodkan 471 kematian.
Sejak awal tahun ini sehingga 14 Februari, Malaysia telah melaporkan 494 kees kematian.
Kes keseluruhan kematian dalam negara ketika ini adalah sebanyak 965 kes, hanya kurang 35 kes untuk mencecah 1,000.
60% daripada kes Covid-19 pada gelombang ketiga turut melibatkan kluster-kluster yang berkaitan tempat kerja.
Sejak 20 September 2020 sehingga 12 Februari 2021, Malaysia telah merekodkan 852 kluster, 527 daripadanya adalah melibatkan tempat kerja.
Setakat ini, 315,100 individu telah disaring di kluster tempat kerja, dan 78,906 kes positif Covid-19 telah ditemui. – 15 Februari, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen