11 kluster baharu Covid-19 hari ini, 9 berkaitan tempat kerja


Ravin Palanisamy

Penunggang GrabFood melintasi kawasan tapak pembinaan di sekitar Kuala Lumpur. Hari ini Johor melaporkan kluster tempat kerja paling banyak dengan lima kluster diikuti oleh Selangor (3) dan Kedah (1). – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 14 Februari, 2021.

SEBANYAK 11 kluster baharu Covid-19 dikesan oleh Kementerian Kesihatan dalam tempoh 24 jam terakhir dengan sembilan daripadanya berkaitan dengan tempat kerja, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata Johor melaporkan kluster tempat kerja paling banyak hari ini dengan lima kluster diikuti oleh Selangor (3) dan Kedah (1).

Dua kluster lain yang dilaporkan hari ini adalah berkaitan komuniti dan agama.

Noor Hisham berkata sebanyak 510 kes dilaporkan daripada 11 kluster baharu dan kluster berkaitan tempat kerja menyumbang 450 kes.

Kluster Jalan Istimewa Cemerlang yang dilaporkan di sebuah kilang di Johor Bahru menyumbang 109 kes – yang tertinggi di antara kluster lain yang dilaporkan hari ini.

Noor Hisham berkata kluster tempat kerja lain yang dilaporkan di Johor adalah Batu 57 (13 kes), Jalan Usaha Satu (70 kes), Jalan Tebrau Khas (29 kes) and Jalan Persiaran Teknologi Kulai (45 kes). 

KP Kesihatan berkata tiga kluster di Selangor yang menyumbang kepada jumlah keseluruhan 103 kes adalah tapak pembinaan Jalan Setia (36 kes), Jalan Jelatek (35 kes) dan Jalan Sepuluh (32 kes).

Satu-satunya kluster tempat kerja yang dikenal pasti di Kedah adalah Ria Jaya. – 14 Februari, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen