THAILAND mencatatkan 16 kes jangkitan baharu Covid-19 dan sifar kematian bagi tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu kepada 24,571 dan 80 kematian.
Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) dalam kenyataan menyatakan daripada 166 kes baharu, 138 kes merupakan jangkitan tempatan dengan 89 menerusi pengesanan kes aktif dan 49 adalah mereka yang menerima rawatan di hospital dan 28 kes import.
Kenyataan itu menyebut saringan besar-besaran mendapati 67 kes di Pathum Thani, Samut Sakhon (11 kes), Tak (tujuh), Rayong (tiga) dan satu di Nonthaburi.
“Pihak berkuasa kesihatan mempergiatkan lagi pengesanan aktif kes di wilayah Pathum Thani, wilayah tengah Thailand berikutan pengesanan kes baharu di pasar segar Pornpat di daerah Thanyaburi minggu lepas,” katanya.
Jawatankuasa Penyakit Berjangkit Pathum Thani telah mengarahkan dua pasar iaitu pasar Pornpat dan pasar Suhart di Thanyaburi untuk ditutup pada Selasa. Sehingga kini sejumlah 173 kes Covid-19 telah dilaporkan di wilayah tersebut. – Bernama, 14 Februari, 2021.
Komen