PRU14, Pakatan Sabah berusaha satukan parti pembangkang negeri


Jason Santos

Selepas kerjasama dengan Warisan dan Parti Cinta Sabah dimeterai, PH Sabah sedang berunding dengan parti ketiga, kata Pengerusinya, Christina Liew. – Gambar Fail The Malaysian Insight, 30 Disember, 2017.

SELEPAS mengumumkan kerjasama pilihan raya dengan Warisan dan Parti Cinta Sabah (PCS), Pakatan Harapan (PH) Sabah juga sedang mengadakan perbincangan dengan parti politik ketiga di negeri itu untuk membentuk PH Sabah Plus yang lebih besar, kata Pengerusi PH Sabah Christina Liew.

Liew bagaimanapun enggan mendedahkan nama parti itu dan mengatakan rakyat akan diberitahu tidak lama lagi.

“Kami juga sedang berbincang dengan yang lain. Tetapi awak perlu tunggu dan lihat,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Saya tak akan beritahu siapa, tapi saya akan tunjukkan melalui tindakan,” tambahnya.

Pengumuman ini berlaku ketika penduduk Sabah semakin mendesak untuk sebuah pakatan pembangkang yang lebih bersatu bagi mewujudkan pertarungan bersemuka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang perlu dilangsungkan sebelum atau pada Ogos tahun depan. – 30 Disember, 2017.

Berita penuh di sini.


 


 


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen