Kadar jangkitan Covid-19 Malaysia turun hingga 0.88, kata KP Kesihatan


Ragananthini Vethasalam

Semalam Malaysia mencatatkan 3.384 jangkitan baharu koronavirus menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 254,998. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Februari, 2021.

KADAR kebolehjangkitan Covid-19 atau RO menurun kepada 0.88 sehingga semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitternya. 

Ini adalah penurunan 0.02 mata peratusan dari hari sebelumnya. 

Kadar RO menunjukkan jumlah jangkitan baharu yang dianggarkan berpunca dari satu kes.

Melaka mempunyai nilai RO tertinggi pada 1.13 diikuti oleh Selangor dan Pulau Pinang pada 1.04. 

Negeri-negeri lain dengan kadar jangkitan lebih tinggi dari 1.00 adalah Kedah dan Sarawak yang masing-masing melaporkan 1.03 dan 1.01. 

Kadar jangkitan bagi Johor dan Negeri Sembilan adalah 1.0.

Semua negeri lain melaporkan nilai RO di bawah 1.0 dengan Perlis mencatatkan kebolehjangkitan terendah pada 0.65.

Semalam Malaysia mencatatkan 3.384 jangkitan baharu koronavirus menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 254,998. Seramai 13 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 15 kes baharu adalah jangkitan tempatan.

“Dari 3,369 jangkitan tempatan, 1,954 adalah rakyat Malaysia dan 1,415 adalah warga asing,” katanya dalam satu kenyataan. – 12 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen