UBER semalam melaporkan kerugian besar bagi suku terakhir 2020 susulan kemerosotan perniagaan akibat penularan pandemik Covid-19.
Syarikat e-hailing itu mencatat kerugian AS$968 juta berbanding AS$1.1 bilion bagi tempoh sama pada 2019.
Uber dalam satu kenyataan berkata ia pendapatan pada suku terakhir 2020 pula AS$3.2 bilion, susut 16% pada tahun sebelumnya.
“Meskipun tahun 2020 benar-benar mencabar ketahanan, ia juga secara tidak langsung mempercepatkan kemampuan kami dalam perdagangan tempatan,” kata ketua pegawai eksekutifnya Dara Khosrowshahi.
Segmen ‘mobiliti’ pada suku terakhir 2020 termasuk e-hailing mengalami penurunan 52% pada 2019, manakala operasi penghantaran - termasuk perkhidmatan Uber Eats - melonjak sebanyak 224%.
Ketua Pegawai Kewangan Uber Nelson Chai berkata kedudukan kewangan syarikat itu yang bertambah baik menunjukkan satu peningkatan di landasan yang tepat serta memberi gambaran Uber semakin pulih dari kesan pandemik. – AFP, 11 Februari, 2021.
Komen