PUTRAJAYA menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertikatkan (PKPD) di Kampung Teluk di Sitiawan, Perak selepas kawasan itu mencatatkan kes positif koronavirus.
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata selepas melakukan penilaian risiko dengan pelbagai agensi, jawatankuasa teknikal PKP bersetuju untuk melaksanakan PKPD di kawasan itu.
“Pada 9 Februari, Kementerian Kesihatan melakukan 43 pemeriksaan dan dari jumlah tersebut sebanyak 16 kes positif dicatatkan.
“PKPD akan berkuatkuasa mulai esok sehingga 24 Februari,” katanya.
Ismail Sabri berkata, PKPD dikuatkuasakan bagi memudahkan Kementerian Kesihatan menjalankan pemeriksaan bersasar yang melibatkan 400 penduduk dan mengawal jangkitan dalam kalangan masyarakat.
Menteri kanan itu juga berkata, sejak semalam seramai 589 individu ditangkap kerana melanggar prosedur operasi standard.
Daripada jumlah itu, seramai 543 dikompaun, 42 individu direman sementara empat lagi dikat jamin.
Antara pelanggaran SOP termasuk tidak melakukan jarak fizikal (184), merentas negeri dan daerah tanpa izin (64), tidak memakai topeng (130), premis beroperasi lebih masa dan tanpa izin (36).
Yang lain pula adalah aktiviti pusat hiburan (13), kegagalan menyediakan peralatan untuk merekod pelanggan (56), meninggalkan rumah tanpa sebab yang munasabah (25), membawa penumpang berlebihan (11), tidak mematuhi perintah kuarantin (tujuh) dan lain-lain (63). – 10 Februari, 2021.
MENYUSUL
Komen