PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau memuat naik beberapa komen mencerca Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di media sosial.
Menerusi catatan di Facebook semalam, Zahid percaya perbuatan tersebut sengaja dilakukan oleh individu tertentu yang menyamar sebagai dirinya dan memuat naik komen mencerca Muhyiddin.
Zahid juga berkata ada orang lain yang menyunting imej komen berkenaan seolah-olah beliau yang menulisnya.
Penafian Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut disertakan rakam layar komen berbunyi “Yiddin ni bapak perutusan… Jkom bayar kikiki.” Jkom merujuk kepada Jabatan Komunikasi Komuniti menggantikan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).
Pakatan Harapan membubarkan Jasa pada 2018 selepas mengambil alih kerajaan.
“Tindakan seperti itu jauh daripada amalan dan prinsip hidup saya. Kita perlu berbudi bahasa dengan semua meskipun berbeza pendirian politik.
“Saya menggesa pihak yang berbuat demikian supaya menghentikannya,” kata Zahid. – 10 Februari, 2021.
Komen
Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Siong wee patrik · Ulasan