BARISAN menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) “tidak berfungsi” kerana gagal memenuhi keperluan rakyat, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Pemimpin yang ada sekarang jauh daripada mengagumkan.
“Menteri-menteri nampak seolah-olah tidak menjalankan apa-apa kerja. Kita tak nampak menteri buat apa-apa pun.
“Contohnya, menteri enggan jumpa pelabur, enggan jumpa sesiapa pun. Bila anda enggan berjumpa mereka, maka orang akan menganggap anda tidak mesra.
“Semasa saya perdana menteri, saya memperkenalkan kerajaan mesra perniagaan. Itulah sebabnya walaupun wujud jurang ekonomi perkauman, negara mampu mencatatkan pertumbuhan ekonomi 7% setahun,” kata Dr Mahathir dalam wawancara bersama portal Free Malaysia Today.
Tambahnya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin gagal turun padang dan tidak peka kepada keperluan rakyat.
“Sangat sukar untuk bertemu perdana menteri. Ketika saya perdana menteri, saya bertemu sekurang-kurangnya tiga atau empat delegasi sehari.
“Saya berbincang dengan mereka dan saya tahu apa yang mereka fikirkan,” kata Dr Mahtahir yang juga ahli Parlimen Langkawi. – 9 Februari, 2021.
Komen