Malaysia catat kes kematian tertinggi, 3,100 kes baharu Covid-19


Ragananthini Vethasalam

Jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 di negara ini kini sebanyak 896 apabila 24 kes dicatatkan hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Februari, 2021.  

MALAYSIA melaporkan kes kematian tertinggi akibat Covid-19 hari ini iaitu sebanyak 24 kes menjadikan jumlah kumulatif kematian di negara ini sebanyak 896.

Angka ini dicatatkan enam hari selepas negara melaporkan 21 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata hanya tiga daripada mangsa yang meninggal dunia akibat koronavirus adalah warga asing sementara 21 yang lain adalah warganegara Malaysia.

Sementara itu sebanyak 3,100 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini. 

Kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 245,552 sementara kes aktif berjumlah 51,977.  

Selangor mendahului dengan 1,196 kes diikuti Johor dan Kuala Lumpur masing-masing dengan 490 dan 295 kes.

Hanya satu kes import yang dicatatkan hari ini.

Bagi kes pulih Noor Hisham berkata, seramai 2,340 pesakit dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah kes pulih akibat koronavirus kini berjumlah 192,679.

Sementara itu seramai 282 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 134 memerlukan alat bantuan pernafasan. – 8 Februari, 2021.  

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen