Kanada kesan kes pertama Covid-19 varian dari Brazil


Pihak berkuasa kesihatan Kanada semalam mengesan kes pertama varian baharu Covid-19 dari Brazil. – Gambar AFP, 8 Februari, 2021

PIHAK berkuasa kesihatan Kanada semalam mengesan kes pertama varian baharu Covid-19 dari Brazil.

Toronto Public Health (TPH) dalam satu kenyataan semalam berkata pesakit itu baru pulang dari Brazil dan kini dirawat dihospital.

TPH juga mengesan kes pertama varian Covid-19 dari Afrika Selatan di Toronto.

“Saintis dan pakar perubatan bimbang kerana varian-varian ini lebih cepat menular berbanding virus asal,” katanya.

Pesakita yang dijangkiti varian Afrika Selatan tidak mempunyai sejarah perjalanan ataupun mempunyai hubungan dengan pengembara dari negara itu, tambah kenyataan itu.

Varian Brazil menyebabkan jangkitan Covid-19 naik mendadak di bandar Manaus. Ia juga dikesan di Eropah, Colombia dan Amerika Syarikat. – AFP, 8 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen