MALAYSIA mencatatkan 3,731 kes baharu Covid-19 dengan 15 kematian dalam tempoh 24 jam lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah keseluruhan kes jangkitan kini mencapai angka 242,452 dengan jumlah korban berjumlah 872.
Katanya bagi kes pulih, angka keseluruhan kini sebanyak 190,339 apabila 3,369 lagi pesakit dibenarkan pulang ke rumah.
Seramai 292 pesakit masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 140 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dr Noor Hisham berkata Selangor menyumbang kes jangkitan paling tinggi 1,606 kes dalam tempoh 24 jam lepas.
Daripada jumlah itu, 1,025 kes melibatkan kluster yang sedia ada dan dikesan menerusi ujian saringan ke atas kontak rapat.
Johor berada di tempat kedua dengan 499 kes disusuli Kuala Lumpur, 372 kes.
Pecahan angka kematian menyaksikan empat pesakit maut di Selangor, tiga masing-masing di Kuala Lumpur dan Sabah, dua di Sarawak dan masing-masing satu di Kedah, Pulau Pinang dan Johor. – 7 Februari, 2021.

Komen