Malaysia catat 3,847 kes baharu, 12 kematian akibat Covid-19


Noel Achariam

Kes aktif kini meningkat kepada 50,894 dengan 305 pesakit ditempatkan di ICU 139 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Februari, 2021.

MALAYSIA rekod 3,847 kes baharu Covid-19 dan 12 kematian dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 239,721 dan angka kematian kini sebanyak 857 orang.

Selain itu, seramai 1,692 kes sembuh dicatatkan dalam tempoh yang sama, menjadikan keseluruhan kes sembuh sebanyak 186,970.

Kes aktif kini meningkat kepada 50,894 dengan 305 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) 139 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata terdapat empat kes import melibatkan warga tempatan yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 3,843 kes, melibatkan 2,569 warga tempatan dan 1,274 warga asing.

Dr Noor Hisham berkata Selangor terus merekodkan jumlah kes baharu harian tertinggi iaitu 1,481 kes diikuti Johor (585 kes) dan Kuala Lumpur (402).

Kes kematian hari ini melibatkan tiga kes di Sabah, tiga di Johor, dua di Kuala Lumpur, dua di Melaka dan masing-masing satu di Selangor dan Kelantan.

Lapan kematian membabitkan rakyat Malaysia manakala empat lagi merupakan warga negara asing. – 6 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen