Kumpulan Cina mahu SOP perayaan disemak semula


Perayaan Tahun Baru Cina tahun ini pastinya kurang meriah tanpa kehadiran sanak saudara seperti tahun-tahun sebelum ini akibat pandemik Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Februari, 2021.

PELBAGAI kecaman terhadap prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang diumumkan kerajaan berhubung perayaan Tahun Baru Cina menyebabkan kumpulan kebudayaan Cina tempatan menggesa kajian semula dilakukan terhadap SOP tersebut di samping menasihati rakyat Malaysia yang merayakan perayaan itu untuk mematuhinya.

Pengerusi Federation of Seven Clan Associations Steve Chong berkata SOP hanyalah garis panduan dan masyarakat perlu melaksanakan peranan mereka dalam mencegah penularan Covid-19, termasuk memakai topeng dan sering mencuci tangan.

“Tidak dapat rentas negeri tidak bermaksud ikatan kekeluargaan terputus, orang ramai masih boleh saling menyapa saudara, dan ibu bapa yang sudah tua dalam talian.

“Setelah setahun Covid-19, banyak warga emas telah belajar menggunakan telefon pintar dan teknologi digital yang lain, dan dapat guna panggilan video untuk hubungi kaum keluarga bagi bertanya khabar,” katanya.

Chong, yang juga presiden Persekutuan Hakka Associations Malaysia, memberitahu The Malaysian Insight bahawa orang ramai boleh pertimbangkan untuk adakan “makan malam bersama keluarga secara digital” sebagai ganti dan berkongsi video dalam talian.

“Sekarang, banyak orang menggunakan Zoom untuk bersembang dalam talian. Saya tahu sukar bagi warga emas yang masih belum terbiasa dengan teknologi digital dan tidak sabar untuk meminta rakan dan saudara-mara mengunjungi kampung halaman mereka tahun ini, tetapi ini adalah masa yang luar biasa (kerana Covid-19), ”katanya.

Kenyataan Chong menjadi respons yang lebih damai ketika orang ramai mengecam kerajaan kerana SOP yang diumumkan dianggap tidak logik, seperti mengadakan makan malam pertemuan semula hanya boleh dilakukan di kalangan “anggota keluarga di rumah yang sama”.

SOP, yang diumumkan oleh menteri kanan dan jurucakap Majlis Keselamatan Negara (NSC) Ismail Sabri Yaakob Yaakob pada 4 Februari itu juga melarang perjalanan rentas negeri, melarang lawatan antara dan rakan dan keluarga di rumah masing-masing, melarang aktiviti kebudayaan seperti tarian naga, tarian singa, persembahan opera dan pentas Cina dan perarakan tanglung dan selain melarang acara ritual di rumah-rumah ibadat.

Peraturan ini pada mulanya berkuatkuasa pada 12 dan 13 Februari, iaitu pada hari pertama dan kedua perayaan Tahun Baru Cina, yang secara tradisinya berlangsung selama 14 hari.

SOP tersebut dikritik hebat sejak ia diumumkan, kebanyakan mereka melahirkan rasa terkejut apabila kerajaan seakan-akan tidak mengetahui mengenai fakta umum, bahawa perjumpaan makan malam diadakan pada malam sebelum hari perayaan, bukan pada hari pertama atau kedua. 

Wujud juga di kritik dalam kalangan warga bahawa kerajaan ketika ini tidak meletakkan logik dalam SOP apabila ia membataskan makan malam pertemuan semula dan lawatan hanya dalam sebuah rumah yang sama.– 6 Februari, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen