PUTRAJAYA perlu mengambil langkah segera untuk memaksimumkan potensi ujian saringan Covid-19 bagi mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap pengurusan kerajaan dalam mengendalikan pandemik, kata penasihat DAP Lim Kit Siang.
Beliau berkata kepercayaan rakyat terhadap cara kerajaan mengendalikan pandemik itu merosot ke paras terendah dengan jumlah kes jangkitan baharu dan kematian meningkat setiap hari.
Malaysia semalam merekodkan 3,391 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 234,874 sejak pandemik bermula. Sebanyak 19 kematian direkodkan semalam menjadikan 845 pesakit meninggal dunia setakat ini.
Lim yang juga ahli Parlimen Iskandar Puteri menyokong gesaaan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah untuk menambah baik ujian saringan Covid-19 supaya ia dapat mencapai potensi maksimum kapasiti 76,805 ujian sehari.
Beliau berkata kelemahan dalam sistem yang dibangkitkan oleh Dr Noor Hisham patut didedahkan dan dibaiki sejak beberapa bulan lalu, menambah ada gesanaan untuk strategi integrasi negara “sejak dari awal”.
Lim berkata gesaan Dr Noor Hisham supaya makmal swasta, bukan milik kementerian yang diuruskan oleh tentera, pihak universiti dan entiti swasta memproses sampel ujian Covid-19 lebih cekap, amat membimbangkan.
Dr Noor Hisham berkata sementara makmal hospital swasta menjalankan ujian RT-PCR dengan kapasiti hampir 100%, makmal lain tidak menggunkaan kapasiti mereka dengan sebaik mungkin.
Katanya, makmal universiti hanya menggunakan 27% kapasiti mereka sementara makmal swasta 31% dan makmal hospital tentera 24%.
Sebanyak 68 makmal swasta dan awam di seluruh negara menjalankan 33,078 ujian saringan Covid-19 semalam – iaitu hanya 43% daripada kapasiti maksimum harian.
Dr Noor Hisham mencadangkan makmal terbabit mengambil lebih ramai staf, merangka semula proses dalaman dan membaik pulih integrasi data supaya mereka boleh memproses sampel Covid-19 dengan lebih cepat. – 6 Februari, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen