Kadar kebolehjangkitan Covid-19 Selangor tertinggi, kata KP Kesihatan


Selangor catat kadar kebolehjangkitan (Rt) tertinggi pada 1.13 setakat semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Februari, 2021.

SELANGOR mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.13 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Johor merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.12, diikuti Melaka (1.09), Kuala Lumpur (1.06), Sarawak (1.05), Pahang (1.01) dan Terengganu (1.00).

Negeri-negeri lain mencatatkan bacaan di bawah satu iaitu Perak 0.95, Pulau Pinang (0.92), Negeri Sembilan (0.89), Labuan (0.88), Kedah (0.86), Sabah (0.85), Putrajaya (0.80), Kelantan (0.76) dan Perlis (0.62).

Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.99, katanya. – Bernama, 6 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen