15 kluster baharu Covid-19 dikesan


Noel Achariam

15 lagi kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif 434.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 5 Februari, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan merekodkan 15 kluster baharu dalam tempoh 24 jam lalu yang mana 12 daripada merupakan kluster tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya dua lagi kluster adalah dalam komuniti dan melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Dr Noor Hisham berkata klusteer baharu itu dikesan di Selangor, Johor, Sarawak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kuala Lumpur dan Pahang dengan jumlah keseluruhan kes positif 608.

Daripada 434 jumlah keseluruhan kluster aktif, 88 melaporkan peningkatan kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Kluster yang melaporkan jumlah kes tertinggi adalah kluster Jalan Rumbia Dua (133), Sri Sengkang (112) dan Industri Serkam (96).

12 kluster tempat kerja yang dilaporkan hari ini adalah:

1. Jalan Mokhtar, di Klang, melibatkan pasar raya di Jalan Raja Mokhtar, Kapar. Pada masa ini, 26 orang dijangkiti.

2. Jalan Enam Belas, di daerah Petaling di Selangor, juga melibatkan pasar raya di Seksyen 16, Subang Jaya. 41 kes positif dikesan hasil ujian saringan bersasar.

3. Bandar Teknologi, di daerah Hulu Langat di Selangor, melibatkan kilang yang mana 30 orang positif setakat ini.

4. Persiaran Jaya, di Selangor, juga melibatkan kilang yang terletak di Persiaran Jaya, Hulu Langat. Buat masa ini, 17 orang positif.

5. Jalan Lima, di Sepang dan Hulu Langat di Selangor, dikesan melalui ujian saringan bersasar di sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Setakat ini, 24 orang dijangkiti, dari 434 disaring.

6. Jalan Rumbia Dua, di Johor Bahru, melibatkan kilang di Jalan Rumbia, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang. Sehingga kini, 133 orang positif Covid-19.

7. Sri Sengkang, di daerah Kulai di Johor, juga di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Sri Sengkang. Dari 694 individu yang disaring, 126 positif.

8. Jalan Heng, di daerah Bintulu di Sarawak yang melibatkan pekerja dari dua syarikat. Sehingga hari ini, 19 orang dijangkiti.

9. Jalan Valdor, di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, yang mana ujian saringan bersasar dijalankan di tapak pembinaan di Jalan Perusahaan Valdor, Kawasan Perindustrian Valdor, Simpang Ampat, telah menemui 54 kes positif setakat ini.

10. Industri TTJ, yang merupakan kluster tempat kerja yang menular ke seluruh daerah Seremban, Tampin, Port Dickson, dan Rembau di Negeri Sembilan. Ia melibatkan pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar, di Seremban, dan bermula dengan kes indeks positif sejak 12 Januari. Sehingga kini, 61 orang dijangkiti.

11. Santong Paka, menular di Dungun dan Kemaman di Terengganu, begitu juga di Kuantan, Pahang. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat yang terletak di Jalan Santong, Paka, Dungun, dan kini mempunyai 26 kes positif.

12. Bentong Sebelas, kluster tempat kerja di Kawasan Perindustrian di Pahang yang melibatkan pekerja kilang. Setakat ini tujuh orang positif.

Kluster berisiko tinggi yang dilaporkan hari ini adalah Jalan Jubilee, di Cheras, Kuala Lumpur, dan melibatkan pusat jagaan yang terletak di jalan dengan nama yang sama. Setakat ini, 25 orang positif.

Dua kluster komuniti adalah Taman Murni, di Kuantan dan kluster Hikmah Muadzam di Rompin, Pahang. Nama-nama kedua kelompok ini merujuk kepada lokasi di mana kes-kes itu dikesan.

Kluster Taman Murni kini mempunyai 13 kes positif dan kluster Hikmah Muadzam mempunyai tujuh kes. – 5 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen