3,381 kes baharu, 19 kematian akibat Covid-19


Noel Achariam

Umat ​​Islam ketika menunaikan solat Jumaat di Kampung Penchala di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 5 Februari, 2021.

MALAYSIA mencatatkan 3,391 kes baharu Covid-19 dengan 19 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 234,974, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham juga berkata jumlah kematian keseluruhan akibat wabak itu meningkat kepada 845 orang.

Terdapat 3,392 pesakit pulih menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih seramai 185,278 orang sementara terdapat 48,751 kes aktif dicatatkan sehingga kini.

Beliau berkata ketika ini terdapat 310 pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan seramai 134 orang memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Noor Hisham berkata, Selangor menyumbang 1,228 kes baru, yang tertinggi di antara negeri-negeri lain.

Daripada jumlah tersebut katanya, 816 kes dikaitkan dengan kluster dan dikesan melalui pemeriksaan kontak rapat.

Johor mencatatkan jumlah jangkitan kedua tertinggi dengan 598 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 395 kes.

Tujuh daripada 19 kematian hari ini direkodkan di Kuala Lumpur, lima di Sabah, tiga di Selangor dan Sarawak, dan satu di Perak. Sebanyak 17 kematian yang direkodkan adalah melibatkan warganegara Malaysia. – 5 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen