Ramai kecam SOP Covid-19 Tahun Baharu Cina


Ravin Palanisamy

Kerajaan menetapkan SOP perhimpunan sempena Tahun Baharu Cina hanya dibenarkan untuk ahli keluarga dalam satu rumah yang sama bagi mengelak berlakunya penularan wabak Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Februari, 2021.

RAMAI pihak mempersendakan operasi standard (SOP) dikuatkuasakan Putrajaya bagi sambutan Tahun Baharu Cina, terutamanya bagi yang meraikan, yang berkata kerajaan kelihatan seperti tidak tahu budaya.

Ahli politik dan masyarakat mengkiritik kerajaan kerana SOP ditetapkan untuk sambutan minggu lalu itu, menggunakan media sosial untuk bercakap tentang SOP “lawak” itu.

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semalam kerajaan melarang aktiviti kunjung-berkunjung ke rumah, perjalanan rentas negeri dan perhimpunan selama dua hari sambutan perayaan it.

Beliau berkata perhimpunan keluarga hanya dibenarkan untuk ahli keluarga dalam satu rumah yang sama yang tinggal bersama pada Tahun Baharu Cina selama dua hari itu.

Bagaimanapun ramai berkata kerajaan silap mengumumkan SOP itu khusus untuk dua hari Tahun Baharu Cina berkenaan iaitu 12 dan 13 Februari, kerana acara makan besar biasanya diadakan malam sebelumnya.

Tarikh untuk SOP itu kemudian diperbetulkan kepada 11 dan 12 Februari, membenarkan keluarga mengadakan majlis makan besar.

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng menyelar kerajaan berkenaan SOP sambutan perayaan itu, berkata ia tidak sensitif dan tidak menghormati masyarakat Cina.

Katanya SOP baharu itu agak bodoh kerana kerajaan melarang sambutan Tahun Baharu Cina di rumah tetapi membenarkan pasar malam beroperasi.

“Kontroversi terbesar ialah melarang makan besar Tahun Baharu Cina dan perkumpulan keluarga.

“Benarkan makan malam hanya untuk ahli keluarga tinggal serumah bukan ahli keluarga tinggal berhampiran, itu bukannya makan besar tetapi itu hanyalah makan malam biasa.

“Mengarut bila pasar malam dibenarkan beroperasi tetapi kunjungan keluarga dalam negeri sama tetapi berbeza rumah tidak dibenarkan,” katanya. – 5 Februari, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen