Muhyiddin bertemu Jokowi hari ini


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan perbincangan empat mata dengan Presiden Indonesia Joko Widodo di istana presiden, Istana Merdeka, di Jakarta hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Februari, 2021.

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin bertemu Presiden Indonesia Joko Widodo untuk mengadakan perbincangan empat mata di istana presiden, Istana Merdeka, di Jakarta hari ini.

Mesyuarat bermula pada pukul 10.50 pagi (11.50 pagi waktu Malaysia) dan dijadual berlangsung selama kira-kira 40 minit dengan pematuhan prosedur operasi standard bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Antara isu yang dijangka dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan adalah mengenai masalah berkaitan diskriminasi minyak sawit, jerebu, pelaburan dan perdagangan, pelaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik dan kerjasama dalam menangani pandemik Covid-19. – Bernama, 5 Februari, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen