Malaysia hampiri 50,000 kes aktif Covid-19


Ravin Palanisamy

Sehingga kini seramai 4,092 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 181,886. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Februari, 2021.

MALAYSIA hari ini hampir mencapai 50,000 kes Covid-19 selepas jumlah kes aktif melaporkan 4,571 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam terakhir.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah jangkitan baharu menjadikan jumlah kes aktif di negara ini sebanyak 48,771.

Menurutnya seramai 308 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan seramai 135 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu hari ini, 4,568 adalah jangkitan tempatan dan tiga kes import.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 3,177 jangkitan tempatan melibatkan rakyat Malaysia sementara 1,391 melibatkan warga asing.

Katanya ketiga-tiga kes import itu melibatkan penduduk tempatan.

Malaysia juga melaporkan 17 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan angka kematian kepada 826 orang.

Ketua pengarah berkata seramai 15 mangsa adalah warga tempatan dan dua yang lain warga asing.

Seramai 4,092 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 181,886. – 4 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen