BRAZIL semalam umum kerajaan negara itu berunding untuk membeli kira-kira 30 juta dos vaksin Covid-19 dari Rusia dan China, selepas mendapat kelulusan pengawal selia perubatan.
Setakat ini hanya vaksin yang dibangunkan AstraZeneca/Oxford dan CoronaVac dari China yang diluluskan penggunaannya di Brazil, negara kedua paling teruk terjejas selepas Amerika Syarikat (AS) akibat pandemik Covid-19.
Sebanyak 226,000 kes kematian disebabkan Covid-19 direkodkan di Britain sehingga kini.
Kementerian Kesihatan negara itu semalam berkata wakil dari Rusia dan China berunding pada Jumaat lepas, untuk membeli 28 juta dos vaksin bulan ini, manakala selebihnya pada Mac.
Agensi kawalan kesihatan Brazil berkata penggunaan kecemasan vaksin tidak lagi memerlukan keputusan percubaan fasa ketiga. Ia susulan jurnal perubatan The Lancet minggu ini melaporkan hasil ujian ke atas vaksin Sputnik V menunjukkan kadar keberkesanan 91.6%.
Brazil memulakan program vaksin pada 17 Januari lalu, bermula dengan petugas perubatan, warga tua dan komuniti Orang Asli. – AFP, 4 Februari, 2021.
Komen