SINGAPURA akan mengenakan peraturan tambahan tujuh hari ujian bagi semua pekerja dari sektor Pembinaan, Marin, dan Proses (CMP) yang baru tiba dari negara-negara atau rantau berisiko tinggi selepas mereka menamatkan arahan notis duduk di rumah (SHN) bermula 5 Februarir.
Kementerian Tenaga Kerja (MOM) Singapura berkata peraturan baharu yang akan terpakai kepada pemegang Permit Kerja dan Pas S, disasar bagi menurunkan lagi risiko penularan dari pekerja migran yang baru tiba ke tempat kerja.
“Ia juga terpakai bagi mereka yang memiliki surat Kelulusan Secara Dasarnya (IPA), menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
MOM berkata peraturan yang akan dikenakan di fasiliti tertentu itu juga terpakai bagi pekerja yang belum menamatkan tempoh 14 hari SHN pada 5 Febuari.
Menurut MOM peraturan itu telah mula dikenakan sejak 6 Januari lepas bagi pekerja asing CMP yang baru tiba, yang tinggal di asrama. – Bernama, 3 Februari, 2021.
Komen