12 dari 13 kluster baharu Covid-19 berkaitan tempat kerja


Jumlah kluster jangkitan aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 412. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Februari, 2021.

SEBANYAK 12 kluster daripada 13 kluster baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini dikaitkan dengan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata jumlah kluster jangkitan aktif di negara ini kini berjumlah 412.

Satu-satunya kluster bukan tempat kerja yang dilaporkan hari ini adalah kluster pusat tahanan Pengkalan Chepa di Kelantan apabila 76 kes dikesan selepas tahanan baru disaring.

Sementara itu Sabah melaporkan tiga kluster tempat kerja iaitu Landang Tangkarason (16 kes), Bandar Lama (24 kes) dan Jalan Satu KKIP (30 kes).

Selangor, Johor dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan dua kluster tempat kerja.

Kluster Jalan Bandar dan Jalan Aman di Selangor melaporkan 48 dan 38 kes manakala Jalan Pulai 55 dan Batu Tiga Setengah di Johor masing-masing mencatatkan 42 dan 19 kes.

Sementara itu kluster Taman Koperasi dan Kandi Sungai Besi di Kuala Lumpur menyaksikan 15 dan 10 kes.

Pahang, Putrajaya dan Pulau Pinang masing-masing melaporkan sat ukes.

Noor Hisham juga mengumumkan penamatan lima kluster hari ini iaitu kluster Ikan Emas, Tapak Bina Awan Lembah, Tenun Merah, Sugud dan Gerbang Pongsu. – 3 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen