PERINTAH kawalan pergerakan (PKP) yang dilanjutkan serta jumlah kes Covid-19 yang meningkat membayangkan sambutan Tahun Baru Cina yang suram bagi rakyat Malaysia kali ini, kata Lim Kit Siang.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam satu kenyataan hari ini berkata kadar jangkitan Covid-19 yang tinggi membimbangkan, menunjukkan unjuran pandemik yang disemak Kementerian Kesihatan akan mencatatkan 8,000 kes Covid-19 baharu setiap hari menjelang minggu pertama Mac.
Unjuran itu juga menunjukkan akan ada 10,000 kes baharu setiap hari menjelang minggu kedua Mac.
Kerajaan semalam melanjutkan PKP hingga 18 Februari, sementara Tahun Baru Cina jatuh pada 12 Februari.
Majlis Keselamatan Negara dijangka mengumumkan prosedur operasi standardnya untuk perayaan itu tidak lama lagi, dengan jangkaan melarang perjumpaan dan aktiviti lain yang berkaitan.
“Dengan ketibaan penghantaran pertama vaksin Covid-19 pada 26 Februari, ini bermakna program vaksinasi Covid-19 di seluruh negara hanya dapat dimulakan pada Mac,” kata Lim.
“Setakat ini, lebih 101 juta dos vaksin Covid-19 sudah diberikan di 64 negara.
“Memandangkan Malaysia akan jauh ketinggalan berbanding negara lain dalam program vaksinasi, kita harus memastikan bersedia untuk menyelesaikan masalah logistik bagi melaksanakan vaksinasi nasional yang berjaya.” – 3 Februari, 2021.
Berita penuh di sini
Komen