Festival muzik Sarawak diteruskan secara maya


Desmond Davidson

Rainforest World Music Festival Sarawak diadakan pada 18 hingga 20 Jun secara maya oleh kumpulan pemuzik undangan antarabangsa.– Gambar Facebook, 2 Februari, 2021.

RAINFOREST World Music Festival (RWMF) dan festival lain di Sarawak akan diteruskan mengikut jadual tahun ini sekiranya sekatan terhadap perhimpunan tidak dilanjutkan selepas 14 Februari, kata Hii Chang Kee.

Setiausaha tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan itu berkata ia bagaimanapun akan “dikecilkan dan dijalankan secara maya”. 

Beliau berkata demikian ketika pelancaran Meet Differently yang diadakan secara maya pagi tadi. 

Semua jenis perhimpunan dilarang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tamat pada 14 Februari, kecuali urusan pengebumian. 

Hii menjelaskan kepada The Malaysian Insight acara itu diperkecilkan yang mana ada persembahan yang dibuat dengan jumlah penonton dihadkan dan dalam pematuhan garis panduan kesihatan Covid-19 yang dikuatkuasakan. 

Beliau berkata festival muzik yang biasanya berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat itu akan diadakan secara maya – pengstriman langsung – untuk mengekalkan penjenamaan dan kewujudan festival berkenaan. 

Ia juga katanya bagi memastikan peminat muzik di rumah dan di luar negara menghidupkan festival berkenaan dan ia akan dipentaskan secara normal apabila dibenarkan. 

Beliau berkata kementerian pelancongan membenarkan RWMF, yang diadakan di Desa Budaya Sarawak di Santubong sejak 2005, dan festival jazz Miri, yang biasanya diadakan setiap Mei, akan disiarkan secara langsung dengan percuma.

Berikutan sekatan perjalanan kerana pandemik, persembahan kumpulan muzik antarabangsa jemoutan kebanyakannya akan dijalankan secara maya. – 2 Februari, 2021.


Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen