PENJARA Sungai Udang dan kakitangan kuartesnya di Melaka ditempatkan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKPD) selama dua minggu selepas mencatat lonjakan jumlah kes Covid-19, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ismail Sabri menjelaskan PKPD di penjara akan bermula pada 3 hingga 16 Februari.
“Sehingga 31 Januari, Kementerian Kesihatan merekodkan 113 kes positif Covid-19 yang melibatkan 79 banduan, 22 pegawai penjara dan 12 ahli keluarga kakitangan.
“Berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan, Putrajaya hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD selama dua minggu dan ujian saringan bersasar akan dilakukan,” kata Ismail Sabri.
Prosedur operasi standard PKPD di penjara, sama seperti diumumkan sebelum ini termasuk kemasuk dan keluar orang, dan lawatan ahli keluarga tidak dibenarkan, tambahnya.
Minggu lalu, kerajaan melaksanakan PKPD di penjara Taiping dan juga penjara Bentong selepas ia mencatatkan lonjakan jumlah kes positif Covid-19. – 1 Februari, 2021.
Komen