Ujian antigen RTK Covid-19 serendah RM30 buat penduduk PD


Masyarakat boleh menghubungi pejabat Parlimen di pd132.wasap.my dan pendaftaran boleh dibuat di www.parlimenpd.com. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Januari, 2021.

PENDUDUK di Port Dickson berpeluang menjalani saringan Covid-19 menggunakan kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) dengan bayaran serendah RM30.

Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson dalam kenyataan hari ini memaklumkan tawaran berkenaan dibuat bertujuan meringankan beban rakyat selain bagi mencegah penularan Covid-19.

“Inisiatif ini mendapat kerjasama syarikat Selgate Corporation. Tarikh untuk menjalani ujian ini akan dimaklumkan kelak.

“Untuk maklumat lanjut, masyarakat boleh menghubungi pejabat Parlimen di pd132.wasap.my dan pendaftaran boleh dibuat di laman sesawang Parlimen Port Dickson di www.parlimenpd.com,” menurut kenyataan itu. – Bernama, 30 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen