Filem 'akhir zaman' landa Festival Sundance saat pandemik


Festival filem Sundance 2021 dijalankan luar biasa di samping filem akhir zaman. – Gambar AFP, 30 Januari, 2021.

FILEM komedi virus dan hari akhir zaman meriahkan festival filem Sundance ketika pandemik masih melanda dunia. 

Bercakap selepas tayangan perdana di festival filem Amerika Syarikat, pembikin filem Ben Wheatley menggambarkan kegelisahan mereka ketika membikin filem.

“Saya mengalami episod yang agak gila kira-kira satu minggu sekatan rumah… Saya perlu tenang dan sebahagian cara untuk menenangkan diri adalah cuba untuk menulis,” kata pengarah “In The Earth” Ben Wheatley.

“Ini adalah tekanan yang luar biasa bagi kami… semua protokol itu baharu ketika itu,” kata Wheatley.

Walaupun Covid-19 bukan plot utama, ia masih berfungsi sebagai latar penting untuk filem ini.

Wheatley berkata dalam talian bahawa pengenalan penjarakan sosial menjadikan filem yang baharu siap kelihatan seperti “dari zaman yang lain.”

“Saya rasa filem seram terutamanya, bahkan filem secara keseluruhan, harus mencerminkan saat yang anda hadapi.” – AFP, 30 Januari, 2021.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen