KETIKA Malaysia melaporkan kes harian tertinggi sebanyak 5,725 hari ini, Selangor menjadi negeri yang menarik perhatian ramai.
Negeri itu yang mengelilingi Kuala Lumpur, melaporkan kes jangkitan tertinggi Covid-19 antara negeri dalam tempoh 24 jam ini, dengan 3,126 kes.
Menurut statistik Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, sejumlah 1,530 kes, hampir separuh daripada kes di Selangor hari ini dilaporkan di daerah Petaling yang mempunyai penduduk paling padat.
Kawasan yang berada di bawah Petaling meliputi Bukit Raja, Damansara, Petaling Jaya dan Sungai Buloh dan populasi penjara.
Petaling Jaya melaporkan 543 kes, diikuti Damansara (538 kes), Sungai Buloh (313 kes) dan Bukit Raja (136 kes).
Dengan 1,530 kes hari ini, kes kumulatif di daerah ini adalah 13,035, dengan kes aktif sebanyak di 2,949.
Daerah lain di Selangor yang melaporkan kes tinggi hari ini adalah Hulu Langat dengan 779 kes, diikuti Hulu Selangor dengan 755 kes dan Sepang sebanyak 485 kes.
Jumlah keseluruhan kes di Selangor adalah 62,189.
54,451 pesakit telah didiscaj, menjadikan jumlah kes aktif di negeri ini 7,599.
Setakat ini Selangor mencatatkan 139 kematian. – 29 Januari, 2021.
Komen