Malaysia hampiri angka 200,000 kes Covid-19


Kes positif baharu yang terus meningkat menjadikan negara kini mencatat angka kumulatif sebanyak 198,208, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 28 Januari, 2021.

MALAYSIA hampir mencapai angka 200,000 kes jangkitan Covid-19, selepas hari ini menyaksikan angka 4,094 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Kes positif baharu yang terus meningkat menjadikan negara kini mencatat angka kumulatif sebanyak 198,208, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

10 kematian baharu turut dicatat hari ini menjadikan jumlah kematian akibat virus itu kini mencecah angka 717.

Terdapat 3,281 kes pulih hari ini, menjadikan jumlah pesakit pulih secara keseluruhan mencatat angka 154,299.

Ketika ini, terdapat 43,192 kes aktif Covid-19 dicatatkan.

Daripada jumlah tersebut, 303 orang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 118 orang memerlukan alat bantuan pernafasan. – 28 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen