Wanita penghantar makanan maut kemalangan


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan bagi mengesan jika ada melibatkan kenderaan lain. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Januari, 2021.

SEORANG wanita penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer S1.4 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), berhampiran susur masuk Putra Height semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Supt Azman Shariat berkata mangsa yang berusia 30 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada kira-kira 6 petang itu.

Menurutnya, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha YZF- R15 dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan menyebabkannya terpelanting lalu melanggar sebatang pokok.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan bagi mengesan jika ada melibatkan kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat dan melihat kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan. – Bernama, 28 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen