NEW Zealand mengesahkan dua kes baharu Covid-19 dari strain virus Afrika Selatan dalam komuniti pada Khamis, ketika penyiasat sedang mencari punca bagaimana ia boleh merentas kawalan sempadan.
Menurut petugas kesihatan, mangsa yang merupakan seorang dewasa dan kanak-kanak dijangkiti virus berkenaan ketika berada di pusat kuarantin selepas wanita terbabit disahkan positif hujung minggu lalu.
Mereka berkata pusat kuarantin—Hotel Pullman di Auckland—membenarkan ketibaan atau pelepasan luar negara tanpa kuarantin ketika penyiasat cuba mengesan bagaimana jangkitan itu menular.
“Ini menunjukkan bahawa berlaku sesuatu di Pullman di mana orang-orang ini berpotensi bersentuhan antara satu sama lain, siasatan akan berlanjutan,” kata menteri yang bertanggungjawab untuk Covid-19 Chris Hipkins kepada Newstalk ZB.
Hipkins berkata semua kontak rapat yang dikaitkan dengan tiga kes berkenaan setakat ini disahkan negatif dan beliau berharap wabak ini dapat dikekang.
“Saya optimis namun kamu tidak tahu apa akan berlaku,” katanya.
“48 jam pertama dalam siasatan ini akan memberikan banyak maklumat.”
New Zealand mewajibkan semua ketibaan antarabangsa menjalani kuarantin wajib selama dua minggu dan keputusan ujian yang negatif sebelum dibenarkan masuk ke negara itu.
Kes baharu yang dikesan telah melepasi semua keperluan itu namun disahkan positif selepas meninggalkan pusat kuarantin.
New Zealand hanya merekodkan 25 kes kematian Covid-19 dan kurang 2,000 kes positif di negara yang mempunyai kira-kira lima juta penduduk itu. – AFP, 28 Januari, 2021.
Komen