BILANGAN pesakit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana Covid-19 mencapai jumlah tertinggi hari ini seramai 314 orang.
Menurut data Kementerian Kesihatan, daripada 314 pesakit yang dimasukkan ke ICU, 122 daripadanya memerlukan bantuan ventilator.
Sejak awal tahun ini, Malaysia mencatat 81,104 kes sehingga kini.
Negara juga melaporkan 236 kematian sejak awal tahun ini.
Angka berkenaan penambahan lebih separuh daripada yang direkodkan negara sepanjang 2020.
Malaysia melaporkan 471 kematian pada 2020.
Hari ini, dengan 3,680 kes baharu Covid-19, Malaysia mencatat lebih 3,000 kes harian bagi hari ke-14 berturut-turut.
Johor melaporkan kes tertinggi dengan 1,069 kes, diikuti oleh Selangor dengan 822 kes, sementara Kuala Lumpur melaporkan 698 kes.
Berhubung kes keseluruhan mengikut negeri, Selangor masih menduduki tempat teratas dengan 57,486 kes, diikuti Sabah (47, 737) dan Kuala Lumpur (22,973). – 27 Januari, 2021.
Komen