PENGGUNA Twitter menggunakan media sosial “menyerang” Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mendapatkan jawapan mengapa kluster Covid-19 yang dikesan di sebuah kolej matrikulasi dikategorikan sebagai kluster tempat kerja, dan mendakwa ia sengaja memberikan nama sebegitu agar ia tidak dikaitkan dengan kolej.
Mereka juga mempersoalkan mengapa Kementerian Pendidikan tidak mengarahkan institusi itu, Kolej Matrikulasi Negri Sembilan di Kuala Pilah ditutup dan kakitangan dan serta pelajar disuruh pulang.,
Seorang pengguna “Lucius Maximus” @lcsmxms bertanya mengapa KKM perlu mengelirukan masyarakat umum dengan nama kluster terbabit dalam hantaran hari ini.
Sambil meletakkan “tagging” Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, KKKM dan Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob dalam hantaran itu, beliau bertanya mengapa perlu mengelirukan orang ramai.
Beliau berkata dalam memerangi wabak ini, perlulah ada ketelusan.
Beliau menambah jika kementerian mula menyembunyikan sesuatu, maka masyarakat umum tidak akan mendapat maklumat relevan yang dapat membantu dalam mencegah penyebaran Covid-19.
Pengguna lain, @adilahwahidd, berkata KKM boleh menamakannya sebagai KMNS, yang merupakan singkatan nama kolej.
Kolej itu dilaporkan terletak di antara dua taman perumahan, Taman Bukit Intan dan Taman Bahagia Delima, yang menimbulkan spekulasi kementerian menggabungkan nama kedua-dua kawasan tersebut bagi kluster itu.
Beliau juga berkata, mengisytiharkan ia sebagai kluster tempat kerja akan memberi kesan bahawa pensyarah adalah kes indeks.
“Mengapa kategorikan Intan Delima sebagai kluster tempat kerja? Bukankah pelajar matrikulasi adalah kes positif?” soal @itsnssaa. – 27 Januari, 2021.
Berita penuh di sini
Komen