KKM kesan 7 kluster baharu Covid-19


Ravin Palanisamy

KKM mengesan tujuh kluster baharu Covid-19, yang menyumbang 267 kes baharu hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Januari, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesan tujuh kluster baharu Covid-19, yang menyumbang 267 kes baharu hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada jumlah itu, tiga kluster berkait tempat kerja, dua kluster komuniti manakala masing-masing satu membabitkan pusat tahanan dan upacara keagamaan.

Berikut adalah kluster yang dikesan:

Kluster Jalan Cochrane

  • Kluster tempat kerja yang dikesan hasil saringan bersasar ke atas pengawal-pengawal keselamatan di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Cochrane di Titiwangsa, Kuala Lumpur.
  • Seramai 76 individu disaring, dan 26 daripada mereka positif Covid-19.
  • Kluster Jalan Platinum
  • Kluster tempat kerja yang dikesan hasil saringan bersasar ke atas pekerja-pekerja kilang di Jalan Platinum di Johor Bahru, Johor.
  • Seramai 33 daripada 66 individu yang disaring disahkan positif Covid-19.

Kluster Jalan Padi Mahsuri

  • Kluster komuniti melibatkan daerah Kulai di Johor.
  • Dikesan melalui saringan pra pekerjaan. Seramai 28 individu disaring, 25 daripada mereka positif Covid-19.

Kluster Intan Delima

  • Kluster tempat kerja melibatkan sebuah institusi pendidikan awam di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
  • Dikesan melalui saringan individu bergejala dengan sejarah perjalanan rentas negeri dari Johor.
  • Seramai 253 individu disaring, 25 daripada mereka positif Covid-19.

Kluster Tembok Bukit Besi

  • Kluster berkait pusat tahanan yang dikesan di Dungun, Terengganu.
  • Kes indeks dilaporkan positif hasil saringan tahanan di Pusat Koreksional Dungun.
  • Menyumbang 99 kes positif daripada 1,131 individu yang disaring.

Kluster Keladi Saga

  • Kluster berkait keagamaan di Kampung Keladi dan Taman Saga, di Kulim, Kedah.
  • Seramai 49 individu telah disaring dalam kluster ini, di mana 34 orang dikesan positif Covid-19.

Kluster Kampung Bukit Putera

  • Kluster komuniti melibatkan daerah Setiu, Terengganu.
  • Dikesan di lokaliti kediaman kes indeks di Kampung Bukit Putera, Bandar Permaisuri, Setiu.
  • Sebanyak 25 kes positif dikesan daripada 293 individu yang disaring.

Kluster Platinum

  • Kluster tempat kerja dikesan di Johor Bahru, Johor melalui saringan bersasar ke atas pekerja-pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang.
  • Seramai 66 individu disaring, 33 daripada mereka positif Covid-19.

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini sebanyak 752 kluster telah dikesan dalam negara, dengan 356 masih aktif. 

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Pasai sebanyak 111 kes, Seri Bayu (61 kes), dan Jalan Platinum (33 kes), katanya.  – 26 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen