Covid-19: Sweden larang kemasukan dari Norway


Penutupan kedai di Norway mungkin menyebabkan penduduk wilayah itu datang ke Sweden dan menyumbang kepada jangkitan virus. – Gambar EPA, 25 Januari, 2021.

SWEDEN semalam melarang kemasukan dari Norway selama tiga minggu selepas kluster strain koronavirus yang lebih cepat merebak muncul di ibu kota jirannya, Oslo.

“Oleh kerana kedai di Norway ditutup, ada kemungkinan penduduk dari wilayah itu datang ke Sweden dan menyumbang kepada jangkitan,” kata Menteri Dalam Negeri Mikael Damberg kepada wartawan.

Mereka yang tinggal dan bekerja di Sweden akan bebas dari larangan masuk yang akan berkuat kuasa mulai tengah malam ini.

Sementara itu Stockholm akan melanjutkan larangan sama untuk kemasukan dari Britain di mana varian penyebaran yang lebih cepat pertama kali dikesan dan Denmark dalam tempoh yang sama sehingga 14 Februari.

Pada Rabu Sweden telah mengesan 50 kes varian Britain, sementara jumlah jangkitan di Norway meningkat sehingga 70 kes semalam.

Oslo dan wilayah sekitarnya berada di bawah langkah pencegahan paling sukar di Norway sejak bermulanya wabak koronavirus berikutan pengesanan pelbagai kes di luar ibu kota.

Norway juga memperketat larangan kemasukan dan mewajibkan mereka yang masuk menunjukkan bukti ujian PCR negatif dalam tempoh 24 jam dan perlu melakukan ujian tambahan bagi mereka yang melakukan perjalanan dari kawasan berisiko mendapat varian baharu. – AFP, 25 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen