AS lepasi 25 juta kes Covid-19


Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau mahu 100 juta orang diberi vaksin dalam 100 hari pertama beliau di pejabat dan meminta rakyat Amerika memakai topeng muka selama 100 hari. – Gambar EPA, 25 Januari, 2021.

LEBIH daripada 25 juta kes Covid-19 direkodkan di Amerika Syarikat (AS) sejak wabak itu bermula, lapor Universiti Johns Hopkins semalam, hanya beberapa hari selepas pelantikan Presiden Joe Biden.

Angka berkenaan dicapai hanya lima hari selepas AS, negara paling teruk terjejas mencatatkan 400,000 kematian akibat wabak berkenaan.

Biden menjadikan langkah memerangi koronavirus sebagai keutamaan dan mendorong Kongres untuk bersetuju dengan pakej bantuan yang akan merangkumi bantuan untuk meningkatkan kadar vaksinasi.

Biden berkata beliau mahu 100 juta orang diberi vaksin dalam 100 hari pertama beliau di pejabat dan meminta rakyat Amerika memakai topeng muka selama 100 hari.

Jumlah kes di AS kekal tertinggi di dunia secara mutlak.

India di mana populasinya kira-kira empat kali lebih besar dari AS memiliki jumlah kes kedua tertinggi di dunia dengan 10.6 juta kes, menurut Johns Hopkins.

Selepas kes Covid-19 pertama dilaporkan di AS pada Januari 2020, hanya sehingga akhir April diperlukan untuk angka itu melepasi satu juta.

Minggu lalu Johns Hopkins mengumumkan lebih 400,000 orang di AS maut akibat Covid-19.

AS kini mencatatkan 25,003,695 juta kes, menurut laman web universiti yang berpusat di Baltimore. – AFP, 25 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen