KEMENTERIAN KESIHATAN hari ini mengesan 11 kluster Covid-19, menjadikan jumlah kluster di negara ini 724, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, daripada jumlah itu, lapan adalah kluster tempat kerja.
Beliau berkata, 480 kes dilaporkan dalam 11 kluster itu, kluster tempat kerja menyumbang kepada 403 kes atau 83.9 peratus.
Noor Hisham berkata, kluster pertama yang berkaitan dengan tempat kerja yang dikesan adalah kluster tapak pembinaan Bali Residence di Malaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka.
Katanya, daripada 403 yang disaring, 204 orang dikesan positif Covid-19.
Tambah Noor Hisham lagi, kluster tempat kerja kedua, Jalan Wangsa juga merupakan tapak pembinaan yang terletak di Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Setakat hari ini, beliau berkata 289 orang telah disaring di situ, di mana 45 orang didapati positif.
Katanya, kluster tempat kerja ketiga, Jalan Timah dikesan di Johor Bahru, Johor.
Noor Hisham berkata, kluster ini melibatkan pekerja kilang dan setakat hari ini, 34 daripada 281 yang disaring positif Covid-19.
Ujarnya, kluster Tanjung juga adalah kluster tempat kerja yang dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan.
Kluster ini, yang berkait dengan pekerja kilang, juga dikesan di Johor Bahru, Johor.
Dari 151 yang disaring, 33 didapati positif Covid-19. – 23 Januari, 2021.
MENYUSUL

Komen