KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 12 kluster baru Covid-19 hari ini di mana tujuh daripadanya berkaitan tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah jangkitan aktif di negara ini kini berjumlah 335 orang.
Noor Hisham berkata kluster yang menyumbang jumlah kes tertinggi hari ini iaitu sebanyak 106 adalah kluster Selasih Perindu di taman perindustrian Senai Jaya di Kulai, Johor.
Selain Selasih Perindu, Johor melaporkan tiga lagi kluster tempat kerja iaitu Jalan Perwira (43 kes), Jalan Skudai (18 kes) dan Indah Gemilang (13 kes).
Kluster tempat kerja lain yang dilaporkan hari ini adalah Jalan Sungai Chandong (44 kes) di Selangor, Desa Jerocco Plantation (38 kes), Paya Siput (10 kes) and Jalan Kinabenua in Labuan (8 kes).
Kluster Serkam Tengah di Melaka and Tanjung Lumpur di Pahang, dikesan melalui saringan komuniti.
Serkam Tengah melaporkan 31 kes sementara Tanjung Lumpur melaporkan 11 kes.
Sementara itu terdapat dua kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi.
Kluster Tanjung Lumpur di Kuantan melaporkan 11 kes manakala Jalan Skudai di Johor melaporkan 18 kes.
Kluster tahanan Tembok Renggam di Kluang melaporkan 31 kes. – 22 Januari, 2021.
Komen