PUTRAJAYA mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari di Blok Tahanan dan Kuarters Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas di Pontian, Johor.
Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat selepas penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan yang mengesan 177 kes jangkitan Covid-19 di kawasan terbabit.
PKPD berkenaan berkuatkuasa esok hingga 4 Februari.
“Setakat 21 Januari, Kementerian Kesihatan menjalankan 360 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 177 kes positif Covid-19 direkodkan,” katanya dalam satu kenyataan.
PKPD akan mengawal tahanan yang dibawa masuk ke depph berkenaan dan mengekang penularan wabak kepada kakitangan, keluarga dan masyarakat, tambah Ismail Sabri.
PKP kini dikuatkuasakan di seluruh negara kecuali Sarawak dan dilanjutkan di tujuh negeri sehingga 4 Februari.
Negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah, Melaka, Kelantan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sebelum ini, PKP di negeri berkenaan dijadualkan tamat pada 26 Januari.
Ini merupakan PKP kedua sejak Mac tahun lalu yang bermula pada 13 Januari susulan lonjakan kes Covid-19. – 22 Januari, 2021.
Komen