PENGUNDI Subang Jaya pada hari pertama siasatan awam di Shah Alam menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskan secara terperinci persempadanan semula sempadan pilihan raya di Selangor.
Perunding Pengurusan Theresa Ratnam yang tinggal di Subang Jaya sejak hampir tiga dekad lalu berkata, orang awam tidak mendapat maklumat secukupnya mengenai proses persempadanan semula.
“Kami tidak diberikan maklumat secukupnya untuk memberi keputusan,” kata Theresa kepada pemberita di Hotel Grand Bluewave selepas pendengaran.
Media bagaimanapun tidak dibenarkan menghampiri ballroom pada tingkat satu hotel berkenaan di mana pendengaran itu dijalankan.
Setiap pembantah yang hadir mewakili 100 pengundi dan diberikan 30 minit untuk bercakap kepada tujuh ahli panel SPR, termasuk pengerusi SPR Mohad Hashim Abdullah.
Theresa berkata, 100 pengundi yang diwakilinya bimbang mengenai populasi pengundi, Subang Jaya sebagai sebuah kerusi negeri lebih besar daripada kerusi parlimen di Selangor.
“Bagaimana kerusi negeri boleh lebih besar berbanding kawasan Parlimen? Tiada penjelasan,” kata Theresa.
Pada 2013, Subang Jaya mempunyai 61,688 pengundi berdaftar sementara kawasan persekutuan seperti Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjong Karang mempunyai masing-masing 37,318, 42,837 dan 42,333.
Seorang lagi yang membantah, Benny Paul berkata SPR juga gagal menjelaskan mengapa ia membenarkan jumlah pengundi berdaftar di Subang Jaya meningkat dua kali ganda dalam satu dekad daripada 38,606 pada 2004.

Khairil Khalid yang mewakili 200 orang yang membantah dari Subang Jaya berkata, SPR sepatutnya memecahkan kerusi Subang kepada dua.
“Ia tidak adil dan bertentangan dengan prinsip seorang satu undi apabila kerusi bandar seperti Subang Jaya mempunyai hampir 68,000 pengundi dan kerusi luar bandar seperti Sungai Burong lebih kurang daripada 30,000 pengundi,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Katanya, kerusi tidak ditarik secara sama di Selangor, dan menambah perbezaan natara kerusi sepatitnya tidak lebih daripada 10,000 pengundi.
Khairil juga berkata penubuhan pendenagran awam juga boleh menakut-nakutkan.
“Ia disusun seperti bilik mahkamah. Sebagai peguam saya sudah biasam tetapi bagaimana dengan penduduk biasa yang mungkin rasa takut,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya Hannah Yeoh, yang tidak dapat hadir pada pendengaran hari ini mengkritik SPR kerana secara tergesa-gesa membuat persempadanan itu.
“Saya menulis surat kepada SPR minggu lalu untuk mekinta tarikh lain kerana notis terlalu singkat dan saya berada di luar kawasan. Sehingga kini, saya masih belum menerima balasan bertulis surat saya itu.
“Pe,bantu saya membuat susulan dengan beberapa panggilan - SPR membalas dengan menyatakan tiada balasan bertulis akan diberikan - sama ada saya hadir atau tidak mereka akan meneruskan prosiding.
“Adakah institusi yang dibiaya oleh pembayar cukai patut berkelakuakn begini? Mengapa tergesa-gesa di Selangor? Untuk siapa (SPR tergesa-gesa)?” katanya.
Sumber, yag menunjukkan jadual pendengaran kepada pemberita berkata, pendengaran itu akan disambung semula sehingga Jumaat.
SPR hari ini mendengar bantahan persempadanan semula kerusi Ampang, Subang dan Kelana Jaya dan kerusi negeri di dalam kawasan tiga Parlimen itu.
SPR juga akan mendengar bantahan persempadanan semula Gombak, Sungai Buloh dan Tanjong Karang esok dan Kuala Selangor pada Jumaat.
Pakatan Harapan percaya sebaik sahaja SPR menamatkan siasatan awam, BN akan mengadakan sidang parlimen khas untuk merombak cadangan persempadanan menerusi Parlimen sebelum pilihan raya umum ke 14.
Ahli Parlimen Selangor berhujah bahawa sempadan pilihan raya baru tidak adil untuk memihak kepada Barisan Nasional yang memerintah, satu pertikaian bahawa SPR dan BN tidak dapat ditangani dengan secukupnya. – 27 Disember, 2017.
Komen