KEBANYAKAN negeri mempinyai kadar kebolehjangkitan atau R-naught (R0) lebih tinggi berbanding kadar kebangsaan 1.14, menunjukkan kadar penularan yang tinggi.
Menurut infografik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan hari ini menerusi saluran Telegram Majlis Keselamatan Negara menunjukkan R0 di sembilan negeri lebih tinggi berbanding kadar kebangsaan.
Sarawak dan Perlis merekodkan R0 tertinggi masing-masing pada 1.5 dan 1.43.
Negeri lain adalah Pahang (1.17), Putrajaya (1.22), Kelantan (1.26), Kedah (1.29), Perak (1.30), Melaka (1.34) dan Terengganu (1.34).
Selangor berada di tahap sama dengan kadar kebangsaan, pada 1.14.
Bacaan R0 ini adalah setakat 20 Januari, menurut infografik kementerian berkenaan.
Negeri yang merekodkan R0 rendah daripada 1.14 adalah Wilayah Persekutuan Labuan (0.88), Sabah (1.08), Johor (1.04), Pulau Pinang (1.10), Kuala Lumpur (1.13) dan Negeri Sembilan (1.13). – 21 Januari, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen