KL catat kes Covid-19 tertinggi dengan 576 kes 


Ragananthini Vethasalam

Kuala Lumpur mencatatkan 376 kes daripada 3,170 jumlah kes keseluruhan Covid-19 yang direkodkan di seluruh negara hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 21 Januari, 2021.

MALAYSIA hari ini melaporkan 3,170 kes baharu Covid-19 dengan Kuala Lumpur mencatatkan kes tertinggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. 

Dr Noor Hisham berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kes keseluruhan 172,548 manakala jumlah kes aktif 41,755. 

Menurutnya Kuala Lumpur merekodkan angka tertinggi dengan 576 kes diikuti Selangor dan Johor masing-masing 545 dan 423 kes.

Sementara itu penjara dan depoh tahanan menyumbang 26 kes.

Kata Dr Noor Hisham 12 kes kematian turut dilaporkan hari ini menjadikan angka kematian seluruh negara kepada 642.

Johor menyaksikan jumlah kematian tertinggi iaitu empat orang diikuti Selangor (3), Sabah (2) dan masing-masing satu di Perak, Sarawak dan Negeri Sembilan.

Mengenai kes pulih, Dr Noor Hisham berkata 2,490 orang didiscaj dari hospital selepas pulih dalam tempoh 24 jam lalu. 

Ini katanya menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih akibat Covid-19 130,152.

Dalam pada itu katanya, 260 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 103 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 21 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen