KERAJAAN melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri sehingga 4 Februari, kata Ismail Sabri Yaakob.
Negeri-negeri yang terjejas adalah Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah, Melaka, Kelantan dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).
PKP di negeri-negeri ini sepatutnya berakhir pada 26 Januari.
Pada 11 Januari, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP 2.0 yang bermula pada 13 hingga 26 Januari berikutan peningkatan berterusan kes Covid-19.
Negara telah melihat kes harian mencecah empat angka sejak November.
PKP 2.0, selepas PKP pertama yang dikuatkuasa dari Mac hingga Jun tahun lalu, namun kurang ketat dari segi penutupan ekonomi, dengan enam industri dan perkhidmatan penting dibenarkan beroperasi di bawah protokol kesihatan yang ketat dan prosedur operasi standard. – 21 Januari, 2021.
Komen