KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesan 16 kluster baharu Covid-19, angka tertinggi pernah dilaporkan sejak pandemik mula melanda negara.
Ini menjadikan sebanyak 685 kluster telah dikesan sehingga kini, dengan 318 masih aktif, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham.
Tambahnya, daripada 16 kluster baharu yang dilaporkan hari ini, 11 membabitkan tempat kerja.
Sebanyak 387 kes baharu disumbangkan kluster baharu tersebut, di mana 281 di tempat kerja.
Berikut adalah semua kluster baharu yang dikesan:
Kluster Tapak Bina Jalan Abdul Aziz
- Dikesan melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan di Petaling Jaya, Selangor.
- Sebanyak 56 kes positif dikesan daripada 172 individu yang disaring.
- Kluster Bestari Rantau
- Dikesan di sebuah kilang di Taman Bestari, di Rantau Panjang, Klang.
- Seramai 80 individu disaring, di mana 16 didapati positif Covid-19.
Kluster Bestari Rantau
- Melibatkan tempat kerja di daerah Klang di Selangor.
- Dikesan melalui saringan bersasar di sebuah kilang di Taman Bestari, Rantau Panjang.
- Seramai 80 individu telah disaring, 16 kes dikesan positif Covid-19.
Kluster Jalan Sejahtera
- Dikesan melalui ujian saringan bersasar di sebuah pasar raya di daerah Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Sebanyak 15 kes dikesan daripada 93 individu yang disaring.
- Kluster Tapak Bina Jalan Digital
- Membabitkan daerah Kulai, Johor dan Hulu Terengganu, Terengganu.
- Kluster melibatkan pekerja Tapak Bina Jalan Digital di Taman Perindustrian Kulai, Bukit Batu, Kulai.
- Sebanyak 48 kes positif dikesan daripada 120 individu yang disaring.
Kluster Tapak Bina Digital
- Melibatkan daerah Kulai, Johor dan Hulu Terengganu, Terengganu.
- Kluster membabitkan pekerja-pekerja di Tapak Bina Jalan Digital yang terletak di Taman Perindustrian Kulai, Bukit Batu, Kulai.
- Seramai 20 individu telah disaring, 48 kes positif dikesan.
Kluster Jalan Niaga
- Membabitkan daerah Kota Tinggi dan Kluang di Johor.
- Dikesan melalui ujian saringan individu bergejala.
- Seramai 91 individu disaring, 18 daripadanya positif Covid-19.
Kluster Tampoi Lima
- Kluster tempat kerja melibatkan daerah Johor Bahru, Johor.
- Dikesan melalui saringan bersasar di sebuah syarikat di Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Jalan Tampoi.
- Seramai 53 orang disaring, 26 daripada mereka positif Covid-19.
Kluster Jalan Seroja
- Kluster melibatkan pekerja-pekerja kilang di daerah Kulai, Johor.
- Seramai 881 individu disaring, 10 kes positif dikesan.
Kluster Jalan KKIP Selatan
- Kluster tempat kerja di Kota Kinabalu, Sabah, yang dikesan melalui saringan individu bergejala.
- Nama kluster merujuk kepada kilang tempat kerja kes indeks yang terletak di KKIP Selatan, Sepanggar, Kota Kinabalu.
- Sebanyak 14 kes positif dikesan melalui saringan ke atas 125 individu.
Kluster Kampung Balibata
- Melibatkan daerah Beaufort dan Sandakan di Sabah.
- Kluster melibatkan majlis pengkebumian dan kenduri tahlil di Kampung Balibata, Beaufort.
- Dikesan melalui hasil saringan sebelum rentas negeri.
- Seramai 35 individu disaring, kesemuanya positif Covid-19.
Kluster Sungai Ibor
- Melibatkan daerah Rembau, Negeri Sembilan.
- Kluster melibatkan pelajar-pelajar sebuah institusi latihan awam di Kampung Sungai Ibor, Pedas.
- Dikesan melalui saringan individu bergejala.
- Seramai 138 individu disaring, 12 positif Covid-19.
Kluster Batu Enam
- Membabitkan daerah Batang Padang, Perak.
- Nama kluster merujuk kepada Kampung Orang Asli Batu Enam, Batang Padang.
- Dikesan melalui saringan individu bergejala. Seramai 41 individu disaring, 12 dikesan positif Covid-19.
Kluster Persiaran Tasek
- Melibatkan daerah Batang Padang, Kinta dan Kuala Kangsar di Perak.
- Kluster babit pekerja kilang di Persiaran Tasek, Tasek Industrial Estate, Ipoh.
- Sebanyak 20 kes positif dikesan daripada 181 individu yang disaring.
Kluster Tapak Bina Bukit Sebukor
- Dikesan hasil saringan kontak rapat di sebuah tapak binaan di daerah Melaka Tengah, Melaka.
- Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Bukit Sebukor.
- Seramai 113 individu disaring, 28 kes positif dikesan.
Kluster Jalan Usaha
- Melibatkan tempat kerja di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin di Melaka.
- Dikesan melalui saringan individu bergejalan.
- Seramai 196 individu telah disaring, di mana 36 kes dikesan positif Covid-19.
Kluster Sawmill Luit
- Melibatkan daerah Maran dan Kuantan di Pahang.
- Dikesan hasil saringan individu bergejala yang mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Seramai 48 individu disaring, 19 dikesan positif Covid-19.
Kluster Bukit Gelugor
- Melibatkan daerah Kuantan di Pahang.
- Dikesan hasil saringan individu bergejala yang mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- 102 individu telah disaring, di mana 22 kes positif dikesan. – 20 Januari, 2021.
Komen